Skip to main content
Berita TengahEkonomiHomeViralWilayah Persekutuan

Pemain Industri Perlu Lebih Prihatin Kesihatan Pelancong

By 6 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  : Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Malaysiaaktif)  – Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,  Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyarankan pemain industri  pelancongan  lebih kreatif dan perhatin terhadap kesihatan pelancong ke negara ini.

Beliau juga mecadangkan supaya mereka dibawa ke destinasi yang kurang  berjerebu di sekitar  tanah  air.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pameran Fotografi #KOLEKTIF1 dan  perkhidmatan Bas Hoho (Hop-on, Hop-off)  bersempena Hari Pelancongan Sedunia 2015  di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur semalam.

 

DSC_0051

 

Pameran Fotografi # Kolektif  ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan  dan  Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).

Antara karya terkemuka yang dipamerkan termasuk foto-foto oleh Yaman Ibrahim yang merupakan seorang juru gambar profesional di Malaysia bersama 28 orang lagi jurugambar profesional negara dan Brunei.

Pameran yang diadakan di Galeri Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur ini mengumpulkan  sebanyak 78 karya fotografi bertemakan lokasi-lokasi  pelancongan di seluruh dunia.

Selain memaparkan keunikan dan kesenian dalam konteks budaya dan gaya hidup, pameran ini juga diharap mampu memberi pengetahuan kepada masyarakat, terutama  generasi muda  tentang  aspek-aspek  penting dalam  menghasilkan  fotografi pelancongan berkualiti.

Pameran ini bermula pada 3 September dan akan berakhir pada 30 Oktober.

 

 

Tinggalkan komen anda