Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Sebanyak  1,514 Lagi Unit Rumah Mampu Milik Dilancar

By 5 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Malaysiaaktif) — Sejumlah 1,514 unit pangsapuri Residensi KepongMas berharga bawah RM200, 000 seunit dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor di Kepong tengah hari tadi.

Residensi KepongMas ini berkeluasan 800 kaki persegi, merangkumi dua blok pangsapuri setinggi 41 tingkat dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Projek ini merupakan projek ke-5 di bawah Dasar RUMAWIP hasil perkongsian strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Syarikat Sinerjuta Sdn. Bhd.

Menurut Tengku Adnan, projek rumah bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ini dibangunkan di Taman Metropolitan Kepong, berdekatan  Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Kompleks perumahan ini dilengkap akses mudah kepada pasar raya Aeon, stesen MRT, sekolah, bank, surau, taska dan taman reakreasi.

Tambahnya, sehingga kini 29, 090 unit RUMAWIP telah dilaksanakan oleh kerajaan yang menyasarkan pembangunan sebanyak 80, 000 unit rumah mampu milik di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dalam tempoh lima tahun.

Pemilik perlu patuh kepada syarat tidak menjual unit mereka selama 10 tahun.

 

 

Tinggalkan komen anda