Skip to main content
HomeViral

Senamrobik Ceria JPA Disambut Meriah

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 2,000 penjawat awam memenuhi ruang legar Kompleks C, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pagi tadi bagi memeriahkan aktiviti senamrobik ceria.

Selari dengan Sambutan Hari Sukan Negara yang berjalan serentak di seluruh negara pada hari ini, pihak JPA mengambil inisiatif untuk turut serta dalam menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam.

Sambutan ini merupakan idea Kementerian Belia dan Sukan untuk mentransformasikan Malaysia kepada sebuah “Negara Bersukan”.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, aktiviti senamrobik sebegini cukup relevan untuk memupuk semangat sehati sejiwa sekali gus menyemai gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan penjawat awam.

Beliau dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, melakukan aksi demonstrasi Muay Thai sebagai simbolik pelancaran.

Selain senamrobik, tarian zumba persembahan taekwondo, silat dan seni pertahanan diri Polis Diraja Malaysia turut diadakan.

 

Tinggalkan komen anda