Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Futsal Sempena Hari Sukan Negara di Kg. Kok Mak, Titi Tinggi

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

PADANG BESAR, 10 Okt, (Malaysiaaktif) — Satu pertandingan futsal diadakan sempena Hari Sukan Negara Peringkat DUN Titi Tinggi anjuran Pusat Khidmat ADUN Titi Tinggi di Gelanggang Futsal Kampung Kok Mak di sini, hari ini.

Program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu melibatkan masyarakat di kawasan DUN Titi Tinggi seramai kira-kira 200 orang.

Antara tujuan program bagi memberi pendedahan, selain menarik minat masyarakat setempat mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kok Mak, Abdullah Nayan berkata, acara futsal dipilih kerana ia merupakan sukan popular dikalangan penduduk setempat.

Menurutnya lagi, program tersebut mendapat sambutan daripada pelbagai kaum, termasuk Melayu, Cina, India dan Siam.

Sementara itu, lokasi utama Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Perlis diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar manakala setiap DUN menganjurkan program ini di kawasan masing-masing.

 

Tinggalkan komen anda