
Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM
6 Oktober 2015Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Tarikh Baharu Pelaksanaan PeperiksaanUjian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung tarikh baru pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syariah (UPKK O2/01), Sirah (UPKK 03/01) dan Jawi dan Khat (UPKK 05/01).
- Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim di seluruh Malaysia bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang asalnya dijadualkan pada hari lsnin 5 Oktober 2015 akan diadakan pada hari lsnin 12 Oktober 2015 jam 2.30-4.00 petang manakala subjek Sirah (UPKK 03/01) dan Jawi dan Khat (UPKK 05/01) yang asalnya dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 akan diadakan pada hari Selasa 13 Oktober 2015 jam 2.15-3.45 petang dan 4.15-5.45 petang.
- Mohon kerjasama semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakanKAFA mengambil tindakan segera memastikan pelaksanaan peperiksaanUPKK bagi 3 subjek berkenaan dapat dilaksanakan mengikut tarikh baruyang ditetapkan.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
6 Oktober 2015