Skip to main content
HomeViral

Tarikh Baharu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

By 6 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

Kenyataan Media Ketua Pengarah JAKIM
6 Oktober 2015

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Tarikh  Baharu Pelaksanaan PeperiksaanUjian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung tarikh baru pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Ulum Syariah (UPKK O2/01), Sirah (UPKK 03/01) dan Jawi dan Khat (UPKK 05/01).
  2. Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim di seluruh Malaysia bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang asalnya dijadualkan pada hari lsnin 5 Oktober 2015 akan diadakan pada hari lsnin 12 Oktober 2015 jam 2.30-4.00 petang manakala subjek Sirah (UPKK 03/01) dan Jawi dan Khat (UPKK 05/01) yang asalnya dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 akan diadakan pada hari Selasa 13 Oktober 2015 jam 2.15-3.45 petang dan 4.15-5.45 petang.
  3. Mohon kerjasama semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakanKAFA mengambil tindakan segera memastikan pelaksanaan peperiksaanUPKK bagi 3 subjek berkenaan dapat dilaksanakan mengikut tarikh baruyang ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

6 Oktober 2015

 

 

Tinggalkan komen anda