Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Penubuhan CDERT Peringkat Komuniti Daerah Pendang

By 8 November 2015November 9th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhamad Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG, 8 Nov (Malaysiaaktif)  — Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang mengambil inisiatif awal dengan memberikan pencerahan tentang penubuhan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) peringkat komuniti.

Mereka menjelaskan bahawa penubuhan pasukan ini selaras dengan peranan JPAM sebagai  sekretariat pengurusan bencana negeri dan daerah yang berperanan meningkatkan kesiapsiagaan komuniti .

 

cdertpendang2

 

Menurut SM (PA) Nora Syikin Ahmad Zawawi, sesi ini diharap dapat memberikan maklumat secara langsung tentang tanggungjawap CDERT serta latihan berkenaan yang dberikan secara percuma.

Salah seorang peserta, Mohd Khir Hamid, 51, berharap penubuhan CDERT di kampung-kampung dalam daerah Pendang memberikan impak positif . Beliau juga ingin melihat golongan muda Gen Y menyertainya.

 

Tinggalkan komen anda