Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penyampaian Geran MRP Kepada K1M N50 Dalat

By 8 November 2015November 9th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khalid Aini (Dalat)

OYA, DALAT, 8 Nov (Malaysiaaktif) — Majlis penyampaian geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN N50 Dalat kepada Komuniti 1Malaysia (K1M) diadakan di sini hari ini.

Dalam majlis ini K1M Kuala Oya menerima sebanyak RM3, 000 untuk pembiayaan aktiviti, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Tengah mendapat RM200,000 untuk naik taraf gelanggang futsal dan balairaya, Masjid At-Taqwa Oya menerima RM70,000 dan JKKK Kampung Kuala Hilir Oya mendapat RM43,800.

Majlis berlangsung di balairaya Kampung Kuala Tengah Oya dan di hadiri oleh Pegawai Daerah Dalat, Kueh Leh Poh, Temenggong Bahagian Mukah, Hendi Suhai, Ketua Kaum Kuala Oya, Ramli Pawi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kaum, ahli K1M Kampung Kuala Oya serta ahli JKKK setempat.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Kebajikan,Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Hajah Fatimah Abdullah merangkap ADUN N50 Dalat.

 

Tinggalkan komen anda