
Oleh Zuraidah Ahmad & Shahvian Bin Muhammad Razali (Sabah)
KOTA KINABALU, 9 Nov (Malaysiaktif) – Pasukan Universiti Sabah (UMS) berjaya mengekalkan kejuaraannya sejak tahun lalu dalam Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan 2015 Kali Ke-4.
UMS menewaskan pasukan lawan, Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) dengan jaringan 18-10.
Persaingan sengit pada separuh masa pertama menyaksikan UMS mendahului dengan 3 mata iaitu 8-5.
Pasukan dinobat juara itu juga terus beraksi cemerlang pada separuh masa kedua sambil menambah 10 lagi jaringan.
Kejohanan anjuran Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) itu melibatkan 28 penyertaan yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan Penaung SABANA, Puan Seri Norlidah Tan Sri R.M Jasni.