
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 13 tahun menyertai Program Berkhatan 2015 yang berlangsung di Masjid Peserai pada Sabtu lepas.
Program dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Masjid Peserai, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bagan dan Pejabat Kesihatan Batu Pahat.
Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan semburan air kepada para peserta oleh anggota Bomba.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Semerah Mohd Ismail Roslan merasmikan program tersebut.