Skip to main content
Berita TempatanHomeViral

Keputusan Pengharaman Vape Hujung Bulan Jan

By 11 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Faris Fuad KUALA LUMPUR, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan keputusan pihaknya untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape hanya akan diumumkan hujung bulan ini.

Beliau berkata ahli jawatankuasa KPDNKK akan membawa cadangan tersebut ke mesyuarat jemaah menteri untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sedar ada kerajaan negeri umumkan haram vape, tapi masih ada keliru haram untuk hisap atau jual.

“Sebab itu satu keputusan untuk diguna pakai seluruh rakyat dalam negara dan keputusan akan diputuskan oleh jemaah menteri akhir Januari ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNKK hari ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut akan membincangkan jenis alat vape yang digunakan serta kandungan nikotin yang dilihat membahayakan kesihatan.

Jelasnya, kerajaan telah menerima kajian vape di seluruh dunia dan pasti para jemaah menteri akan membuat keputusan yang tepat berkaitan penggunaan alat itu.

“Contohnya saya nak beritahu, kita dah dapat keputusannya, untuk dapatkan standard, mod devide yang boleh diguna pakai. Pelbagai device di seluruh dunia dan nak guna yang mana. Device yang macam mana, yang haram macam mana.

“Mungkin diharamkan yang dijangkakan yang keluar adalah asap dan ada guna nikotin. Ada elemen nikotin, mungkin boleh menyebabkan orang sekeliling sakit.

“Kita dah dapat kajian seluruh dunia bukan hanya negara kita dan biarlah keputusan dibuat oleh jemaah menteri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape sebagai haram.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

Tinggalkan komen anda