Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Tudung Saji Dari Daun Pokok Tal Masih Diusahakan

By 25 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohamad Anizan Mat Daud, Mohd Sukri Ismail & Wan Noriza Wan Jaafar (Pasir Mas)

PASIR MAS, 25 Jan (Malaysiaaktif ) – Hasnah Ismail atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Nah, 60, berasal dari Kampung Hutan Pasir di sini, antara segelintir pembuat tudung saji daripada daun pokok tal (sejenis pokok kelapa laut).

Dia yang bergiat dalam penghasilan tudung saji sejak hampir 40 tahun merupakan penyambung legasi kerja tangan ibunya, Safiah Awang.

Tudung saji yang dibuat daripada daun pokok tal merupakan antara kraftangan Melayu yang semakin luput dan dilupakan oleh generasi sekarang. Namun demikian,  dia tetap tabah menghasilkan tudung saji dan mengekalkan penggunaan bahan -bahan penghasilan yang asli.

Membuat tudung saji daripada daun pokok tal bukan suatu perkara yang mudah kerana perlu melalui banyak proses. Ia bermula dengan proses mencari daun,  merendam dalam pewarna, dikeringkan dan seterusnya dianyam.

Menganyam memerlukan kepakaran dan ketekunan yang tinggi bagi menghasilkan tudung saji yang kemas dan cantik.  Menurut Hasnah tudung saji yang dihasilkan dijual kepada peraih dengan harga RM18 setiap satu.

 

Tinggalkan komen anda