Skip to main content
Berita TempatanMelaka

241 Guru JAIM Menang Anugerah Kontinjen Teramai

By 25 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mastika Hablum (Melaka)

ALOR GAJAH, 25 Jan (Malaysiaaktif)  –  Sebanyak 22 kontinjen yang disertai oleh 1500 peserta mewakili jabatan dan agensi kerajaan dalam daerah ini mengambil bahagian dalam Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Alor Gajah semalam.

Perarakan bermula dari Sekolah Kebangsaan Othman Syawal hingga ke Masjid Kampung Ladang sejauh 2.5 kilometer.

Sekolah Kebangsaan Othman Syawal memenangi Kategori Perbarisan Terbaik, manakala Kategori Kontinjen paling ramai dimenangi oleh Guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka di daerah ini yang melibatkan 241 peserta.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi, Datuk AR Ismail Othman yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron .

Turut hadir Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Taboh Naning, Datuk Latipah Omar.

 

Tinggalkan komen anda