
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Sebuah pesawat dua enjin milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN235 dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan cemas berhampiran Pantai Asam Jawa di Kuala Selangor, pagi kira-kira pukul 8.40 tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan anggotanya tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang ramai pada pukul 8.47 pagi.
Menurut The Star, difahamkan kesemua lapan mangsa yang menaiki pesawat itu termasuk juruterbang dilaporkan selamat.
Kesemua mangsa diselamatkan penduduk berhampiran lokasi menggunakan perahu.
Pihak TUDM telah mengesahkan kejadian ini dan sedang menubuhkan satu pasukan penyiasatan.