Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

MB Saran Penjawat Awam Sesuai Penampilan Bersama Rakyat

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Shahrizan Mahd Fadzil (Gerik)

GERIK, 25 Feb (Malaysiaaktif) —  Sempena Pemukiman Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Daerah Hulu Perak pada dari 23hingga27 Feb di daerah ini , sebanyak130 program telah diaturkan oleh semua agensi kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat, terutama masalah penduduk sekitar daerah Hulu Perak.

Dalam majlis makan malam bersama Pejawat Awam yang didakan di Dewan Serbaguna Gerik, Zambry  telah menyampaikan amanat kepada 1,000 orang pejawat awam.

Antara yang ditekankan beliau, supaya mereka memberikan berkhidmat selaras dengan aspirasi membudayakan perkhidmatan menjadi kelas pertama dan merapatkan jurang pejawat awam dan masyarakat.

Zambry turut mengingatkan kakitangan awam supaya berpakaian sederhana dan tidak terlalu berprotokol bertali leher dan berpakaian mahal semasa berhubungan dengan masyarakat.

Menurut beliau, dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik, kerajaan Negeri Perak sedang membangunkan Daerah Hulu Perak dengan menaikan lagi tahap sektor pelancongan di Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong sebagai menyambut pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Kerajaan Negeri juga ingin menambahkan lagi peluang pekerjaan kepada belia dengan pembangunan Hutan Belum yang merupakan hutan lebih tua berbanding Hutan Amazon di Brazil.

 

Tinggalkan komen anda