Skip to main content
HomeViral

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Setakat 4 Petang

By 10 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 4.30 petang ini, berikutan orang ramai beransur pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata trafik dari utara ke ibu kota dilapor perlahan dari Ipoh Selatan ke Gopeng, sebelum susur keluar Tapah dan Bidor ke Sungkai.

“Manakala trafik juga dilaporkan perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Bukit Gantang ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar ke Sungai Perak dan Terowong Menora ke Jelapang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata trafik dari Pantai Timur menuju ibu kota iaitu dari Bentong ke Bukit Tinggi dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak dilaporkan bergerak perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752M serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda