
Katanya, ini termasuk bagi memenuhi objektif penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memastikan golongan Bumiputera mendapatkan pendidikan ke peringkat tertinggi.
“Wujudnya Mara bukan untuk suka-suka. Tapi kalau tak suka dengan Mara, ubahlah Perlembagaan. Tapi selagi Umno (berkuasa) kami akan pertahankan Perlembagaan.”Tuan-tuan nak cari orang lain yang nak pinda Perlembagaan…silakan.
“Dua tahun lagi pilihan raya, if u found a new angel, dan Umno ini devil, vote us out,” katanya di sini, Isnin.
Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran pinjaman pendidikan Mara kepada mahasiswa Institusi Pengajian Mara (IPMa) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini.