Skip to main content
Berita TempatanSabah

Beri Sokongan Moral, Derma Darah Untuk Pesakit Thalasemia

By 9 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Zuraidah Ahmad & Saiful (Sabah)

KOTA BELUD, SABAH, 9 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Masyarakat disarankan terus memberi sokongan moral dan menderma darah kepada pesakit thalasemia agar mereka dapat menikmati kehidupan berkualiti.

Presiden Persatuan Thalasemia Sabah, Francis Mujim berkata pihaknya akan terus memperkasakan pengetahuan tentang penyakit tersebut kepada keluarga serta pesakit.

Katanya, pengetahuan penting untuk membantu mereka di samping dorongan daripada orang terdekat seperti ibu bapa dan keluarga.

“Berdasarkan statistik terkini, terdapat seramai 5,144 orang penghidap thalasemia di negara ini, termasuk 1,544 di Sabah.

“Thalasemia merupakan sindrom kekurangan sel darah merah akibat kegagalan tulang sum-sum menghasilkan sel darah merah yang berkualiti untuk badan.

“Kita memang kekurangan bekalan darah dan kita harap lebih ramai masyarakat yang tampil menderma dan membantu para pesakit.

“Dalam sebulan, seorang pesakit memerlukan satu pain darah. Bayangkan dengan jumlah lebih lima ribu orang, berapa jumlah darah yang diperlukan.

“Bermula dengan peringkat penyakit dikesan sehingga ia dewasa, kos rawatan dan perubatan bagi seorang pesakit dianggarkan dalam RM3 juta,” jelas beliau.

?Sementara itu, Eksekutif Rumah Kebajikan Yayasan Suria, Datuk Raya Erom ?dalam Majlis Bersama Kanak-kanak Thalaesmia di Pusat Khidmat Komuniti di sini, petang kelmarin, turut memberi kata-kata semangat kepada kanak-kanak berkenaan.

Beliau ?meminta agar golongan berkenaan agar terus tabah, menerima takdir dengan redha dan percaya pada ketentuan serta hikmah.

?Beliau ?meluang masa ?kira-kira sejam bersama 22 kanak-kanak talasemia ?di daerah ini dan  menyampaikan sumbangan berupa makanan dan angpow ?sempena sambutan Tahun Baru Cina.

 

Tinggalkan komen anda