Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Ketangkasan Nelayan Prihatin Selamatkan Paus Terdampar

By 9 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Sallehin Ab Malek (Pontian)

PONTIAN, 9 Feb ( Malaysiaaktif ) – Seekor paus seberat kira-kira tiga tan dan sepanjang 20 meter didapati terdampar di pantai berhampiran kawasan rekreasi Rambah di sini semalam.

Menurut Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pontian, Mohd Hairol Isahak, pihaknya menerima panggilan pada sekitar pukul 1.00 tengahari tentang kejadian tersebut.

Pihak JPAM kemudian menyerahkan tugas mengalih dan menguruskan paus berkenaan kepada pihak Jabatan Laut dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pontian.

Bagaimana pun, memandangkan air laut mula surut dan masa yang diambil oleh pihak berkuasa agak lambat maka beberapa orang nelayan kawasan Rambah mengambil keputusan untuk menarik paus tersebut ke tengah laut pada pukul 2.00 hanya menggunakan bot nelayan.

 

Tinggalkan komen anda