
Oleh Mohd Zulfadli Ab Hamid (Kuala Krai)
Kuala Krai, 25 Feb ( Malaysiaaktif ) – Angkara ketidakpuasan hati, manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan hati mereka. Namun mereka tidak sedar segala perbuatan mereka sering diperhatikan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Begitulah yang terjadi kepada seorang individu yang merupakan pemilik akaun facebook Dores Jones yang memuat naik gambar TPM berbadan anjing bulldog kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan TPM.
Akibat dari perbuatan tersebut, beberapa NGO Kuala Krai yang terdiri daripada UMNO Bahagian, Penggerak KEMAS Daerah, Persatuan Kereta Sewa Kuala Krai, Pemuda UMNO Bahagian dan beberapa NGO lain telah membuat aduan di IPD Kuala Krai berhubung isu tersebut.
Bantahan dan aduan ini dibuat pada pukul 10.44 pagi yang turut dihadiri oleh 30 orang. Jika perkara ini dibiarkan dan terus menjadi viral di media sosial, ini akan mencetuskan gejala yang tidak sihat dan boleh mengakibatkan runtuhnya perpaduan di kalangan masyarakat di negara ini.
Menurut Che Kamaruddin Bin Mat Noor, Ketua Pentadbir Mukim DUN Mengkebang yang juga merupakan AJK UMNO Bahagian Kuala Krai, bantahan ini dibuat agar pihak berkuasa khususnya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakkan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab dan memberi pengajaran kepada pesalah serta peringatan kepada orang ramai.