Skip to main content
Berita TempatanSelangor

Lawatan Mahdzir Khalid Ke SMK Taman Medan

By 25 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Cheah Ghek Ang (Petaling)

PETALING JAYA, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Program lawatan rasmi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid  ke SMK Taman Medan, Petaling Jaya pada pukul 9.45 pagi tadi.

Dalam Sidang media beliau telah memberitahu bahawa, keselamatan pelajar di kawasan sekolah akan dipantau daripada semasa ke semasa. Cadangan menaiktaraf kemudahan sekolah yang terpilih akan dilaksanakan walaupun terdapat kekangan budget.

Beliau telah ditanya beberapa soalan antaranya berkaitan waktu cuti ganti pelajar sekolah di sarawak yang terlibat dalam banjir, beliau telah menegaskan tiada kelas gantian berikutan kejadian yang berlaku adalah bencana.

Menurutnya lagi 5 Sekolah di sarawak masih ditutup dan 2 sekolah digunakan untuk tujuan pemindahan banjir. Namun begitu hanya dewan sahaja digunakan manakala sekolah masih berfungsi seperti biasa.

Apabila beliau ditanya mengenai isu Cadangan PDRM untuk pelajar sekolah yang tidak mempunyai lesen dibawa teruk ke makamah tanpa kompaun, Beliau  meminta untuk rujuk kepada PDRM dan penasihat Undang-undang di peringkat Kementerian.

 

Tinggalkan komen anda