
Oleh Voon Chia Yung (Kuching)
KUCHING, 11 Feb (Malaysiaaktif) — Fenomena air pasang (king tide) serta hujan lebat yang berterusan di sekitar kawasan bandar Kuching beberapa hari ini telah menyebabkan banyak kawasan dibanjiri air.Ā Selain kerja pemindahan mangsa banjir, beberapa peristiwa turut berlaku, antaranya kemunculan dan penemuan buaya di beberapa tempat banjir, sehingga ada yang dicederakan oleh retilia tersebut.
Di Kampung Ulu, seorang penduduk yang digigit oleh buaya mendapatkan rawatan di hospital umum Sarawak dan di Batu Kawa, seekor anak buaya ditangkap oleh ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rantau Panjang.
Menurut Ketua JKKK Rantau Panjang Batu Kawa, Latep Hj SemanĀ semasa melawat kawasan banjir bersama wakil Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Joo Phoi semalam, anak buaya berukuran lebih kurang tiga kaki itu tersangkut pada jala ikan lalu terperangkap. Beliau berkata, walaupun tidak besar, ia masih mampu memberi ancaman kepada penduduk setempat.
Beliau menasihati penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga semasa banjir, terutama mengawasi kanak-kanak supaya tidak bermain air banjir.