Skip to main content
Berita TempatanPulau Pinang

Penyampaian BR1M 2016 Balik Pulau

By 19 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

19 Feb, Balik Pulau, PULAU PINANG (Malaysiaaktif) : Majlis Penyampaian voucher BR1M  2016 peringkat pertama telah disempurnakan oleh Sr. Mohd Farid Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, petang semalam.

Seramai 264 penerima BR1M dari KADUN Pulau Betong yang tidak mempunyai akaun dari mana mana bank datang untuk mendapatkan voucher tersebut dan boleh  mendapatkan wang tunai di Bank Simpanan National (BSN).

Penerima yang hadir adalah terdiri daripada 14 orang penerima dari senarai e-Kasih, 160 orang penerima dari kumpulan isi rumah berpendapatan kurang RM3000, 4 orang penerima dari kumpulan isi rumah berpendapatan RM3000 ke atas, 78 orang penerima dari kumpulan individu berpendapatan RM2000 ke bawah dan 8 orang dari kumpulan bujang atau ibu bapa tunggal.

Dalam ucapan beliau, Farid menyatakan bahawa wang BR1M ini adalah salah satu inisiatif  kerajaan yang sedikit sebanyak dapat   membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

Beliau turut menyeru agar penerima-penerima BR1M membuat permohonan membeli rumah kos rendah di sekitar kawasan Balik Pulau sekiranya layak.

Selain itu beliau menambah, kerajaan akan memberikan bantuan beras kepada keluarga yang layak dan Pengerusi JKKKP berperanan untuk mengenalpasti keluarga-keluarga tersebut.

Seorang penerima yang ditemui, Abdul Rashid Abdullah, 52, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih di atas bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia.

Tambah beliau, bantuan yang diterima akan digunakan sebaik-baiknya untuk membeli barangan keperluan beliau sekeluarga.

Tinggalkan komen anda