Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Projek Penyusunan Semula Kampung Manggis

By 19 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hanafi Sariman (Bukit Mertajam)

19 Feb, BUKIT MERTAJAM: Masalah kediaman penduduk Kampung Manggis yang kerap dimasuki air selama lebih 10 tahun akan dapat diatasi. Penduduk Kampung Manggis kini dapat menarik nafas lega dengan pembinaan 61 buah Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Projek RMR kelolaan Syarikat Perumahan Negara Berhad ini menawarkan harga RM65,000 seunit berkeluasan 866 kaki persegi kepada penduduk yang memenuhi syarat yang ditetapkan dengan bayaran hanya RM150 sebulan (kadar lama) selama 25 tahun.

Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Manggis, Rahim bin Saad (45), yang juga merupakan salah seorang penerima rumah, berkata penduduk Kampung Manggis sering mengalami masalah banjir jika hujan turun dengan lebat.

Masalah ini juga disebabkan kerana lokasi kampung berkenaan yang terletak berhampiran dengan kawasan berbukit. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya sungai berhampiran tidak dapat menampung limpahan air yang mengakibatkan kampung mereka dinaiki air.

Tambah beliau, keadaan banjir ini berlaku dengan pantas dan lebih membimbangkan bila ianya berlaku di waktu malam, dimana penduduk sedang tidur dan tidak menyedari air naik. Penduduk sering merasa bimbang dengan keselamatan mereka. Tetapi dengan projek penyusunan semula ini, penduduk merasa lebih terjamin tentang keselamatan diri mereka kerana keadaan rumah dan kawasan serta infrastruktur yang disediakan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata walaupun usaha menyelesaiakan masalah berkenaan mengalami kesukaran seperti keadaan tapak tanah yang rendah dan melibatkan kos yang tinggi serta pelbagai halangan seperti soal teknikal, syarat yang di kenakan dan pihak berkuasa tempatan kini pihaknya merasa lega.

Tambah beliau, Usaha ini juga dapat dilakukan dengan kerjasama SPNB, KKLW dan jabatan serta agensi lain yang terlibat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung berkenaan. Projek yang akan siap sepenuhnya hujung tahun ini diharap akan berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian ketika melawat ke tapak projek penyusunan semula penempatan di Kampung Manggis petang semalam.

Tinggalkan komen anda