
Oleh Yaakob Md. Isa, Azfariza Ismail, Siti Yusmila Yusof (Baling)
BALING, 12 Feb (Malaysiaktif) — Penduduk di sini dikejutkan dengan kejadian kebakaran di Puncak Gunung Baling pada kira-kira pukul 3.00 petang semalam.
Setakat ini punca kebakaran di puncak gunung setinggi 420 meter itu masih belum diketahui.
Menurut beberapa orang penduduk di pekan Baling, sejak akhir-akhir ini Gunung Baling popular dalam kalangan pendaki tempatan dan luar daerah ini.
Berikutan kebakaran ini, Pegawai Daerah Baling, Dzohir Md. Zain mengarahkan kawasan tersebut ditutup kepada orang awam atas faktor keselamatan.