
Oleh Dila Khamde (Putrajaya)
PUCHONG, 12 Feb (Malaysiaaktif) — Stesen radio untuk belia, iM4U fm yang menggunakan frekuensi 107.9 fm semalam meraikan Hari Radio Sedunia (World Radio Day) bersama 20 orang kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit, 20 orang belia dari KL Krash Pad dan 10 orang wakil Persatuan Orang Kerdil.
Lawatan mereka ke stesen radio tersebut di iM4U Sentral, Kompleks Rakan Muda Puchong itu yang pertama sejak ia mula beroperasi.
“World Radio Day” yang disambut pada 13 Februari setiap tahun bertujuan meraikan radio dan kepentingannya serta mengingati keunikkan radio yang telah menyentuh kehidupan manusia.
Sebagai penghormatan sempena “World Radio Day” 2016, iM4U fm berbicara bersama wakil dari stesen radio dalam talian yang diasaskan oleh sekumpulan Orang Kurang Upaya (OKU), Amboi FM dalam program ‘Good Nite All Starz’ bersama Fiza dan Shac dari pukul 8.00 hingga 12.00 tengah malam. Mereka membincangkan tentang pengaruh dan peranan radio dalam komuniti.
“Kami teruja dapat menyambut “World Radio Day” tahun ini bersama individu-individu dari pelbagai latar belakang dan kepentingan berbeza.”
“Ia merupakan satu inspirasi untuk mengetahui bahawa iM4u fm telah mendapat sokongan pendengar daripada semua lapisan masyarakat” kata Kartini Ariffin, Pengarah Radio iM4U fm.
Stesen iM4U fm radio komersial yang pertama di Malaysia mengenengahkan platform inisiatif sukarelawan untuk kepentingan sosial dan pembangunan komuniti.
“World Radio Day” diisytiharkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 3 November 201.