Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sunday Family Ride (SFR) Awal Sejam Galak Lebih Ramai Peserta

By 7 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Zuraidah Ahmad &  (Sabah)

KOTA KINABALU, 06 Feb 2016 (Malaysiaktif) –? Program kayuhan basikal, Sunday Family Ride (SFR) di Taman Teluk Likas yang diadakan pada setiap Ahad minggu pertama kini diawalkan sejam, iaitu bermula pukul 5 hingga 9 pagi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang ditemui di sini, pagi tadi, berkata anjakan masa itu dibuat bagi menggalakkan lebih banyak pen?glibatan? ?masyarakat?, di samping faktor cuaca yang agak panas ketika ini.?

??Tetamu kehormat yang menyertai program berbasikal itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak bersama isteri, Datuk Raya Erom? serta Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru, Datuk Edward Yong Ouh Fah.

Selain berbasikal, Salleh turut menyaksikan demonstrasi menyelamat mangsa lemas oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sabah, pertandingan memasak, persembahan buskers Orang Kurang Upaya (OKU) dan tarian singa.

Para pengunjung juga berpeluang mengemukakan masalah mengenai bantuan kebajikan mereka secara terus kepada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan melakukan pemeriksaan kesihatan di gerai Jabatan Kesihatan serta beberapa lagi agensi di bawah KPMHEP sehingga jam 1 petang.

Hadir sama, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai; ?Exco Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Datuk Mahiruddin; ?Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Datuk Ibrahim Saad; Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul dan Pengarah JPKAS, Mohamad Noor Wahab

Tinggalkan komen anda