Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Lima Buah Kampung Terjejas Banjir Di Jasin

By 7 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa  Abd Rahman (Jasin)

MELAKA, 7 Feb (Malaysiaaktif) — Sebanyak lima buah kampung, iaitu Kampung Sempang Bekoh, Chohong, Kampung Mantai, Nyalas dan Pondok Kempas di Jasin dinaiki air berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Sehubungan itu, tiga buah pusat pemindahan banjir dibuka bagi menempatkan penduduk yang terpaksa dipindahkan. Tiga orang daripada satu keluarga ditempatkan di Balai raya Asahan, 25 otang daripada lima keluarga di Sekolah Kebangsaan Chohong dan 62 mangsa daripada 10 keluarga bersama seramai 32 pelajar pondok tahfiz  dipindahkan ke SMK Simpang Bekoh setakat pukul 8.00 malam tadi.

 

20160206221646

 

Bantuan makanan, ubat-ubatan dan barang-barang keperluan, seperti tikar dan selimut disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim, Datuk Ghazali Muhamad turut mengunjungi mangsa banjir lewat petang semalam, manakala Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah menyusul pada awal malam.

Mesyuarat penyelarasan banjir diadakan pada pukul 1.00 malam di bilik gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Jasin.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda