Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomePutrajayaSelangorViral

JKOA Tangani Dakwaan FMT Tentang Orang Asli Bkt Tunggul

By 11 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham/Muhammad Syurahbil Hashim (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), menjelaskan faktor utama bekalan air dan elektrik tidak disalurkan kepada penduduk  Kampung Orang Asli Bukit Tunggul, Dengkil Selangor kerana kawasan kediaman tersebut dimiliki Bukit Unggul Golf & Country Resort Sdn. Bhd. (BUGCR).

Menurut portal berita Free Malaysia Today  (FMT) semalam, masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Orang Asli Bukit Tunggul tidak menerima bekalan elektrik dan air walaupun ia terletak di kawasan yang pesat membangun.

2016-03-11 16_34_54-EXCLUSIVE_ ‘Orang dacing’ made promises during election _ Free Malaysia Today

 

Pihak JAKOA dalam satu kenyataan media menegaskan bahawa Kampung Orang Asli Bukit Tunggul itu terletak di atas tanah yang dimiliki oleh BUGCR. Tanah tersebut telah diberi hak milik kepada BUGCR pada 1993 dengan pampasan berjumlah RM 2 juta yang dipersetujui oleh penduduk kampung dan ditandatangani oleh Pengarah JHEOA Negeri Selangor (sebelum ditukar kepada JAKOA) pada ketika itu.

Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul dipindahkan ke Kampung Orang Asli Kechau, Ulu Semenyih di mana pihak BUGCR telah membina 34 unit rumah untuk mereka. Namun demikian, penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tunggul enggan berpindah ke Kampung Orang Asli Kechau kerana mendakwa di sana mereka tiada tiada sumber pendapatan.

Sebahagian daripada mereka telah berpindah ke penempatan lain atau menumpang di kampung saudara-mara, manakala ada yang masih tinggal di Kampung Orang Asli Bukit Tunggul atas ihsan pihak BUGCR.

Walau bagaimanapun, pihak JAKOA berkata mereka akan berbincang dengan pihak BUGCR dan Pejabat Tanah Daerah dalam masa terdekat supaya sumber bekalan elektrik dan air dapat disalurkan ke kawasan perkampungan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Pengurus Kanan Pengurusan Media Tenaga Nasional Berhad (TNB), Mohd Arshi Mat Daud memberitahu Malaysiaaktif  bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan isu ini.

Tinggalkan komen anda