Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[VIDEO] Peluang Melalui Karnival Pendidikan, Kerjaya

By 11 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh M.Shaharudin Suratman (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 11 Mac (Malaysiaaktif) — Biro Pendidikan dan Kerjaya Bahagian Kuala Pilah,Yayasan Bank Rakyat, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pejabat Pendidikan Kuala Pilah mengambil inisiatif membuka ruang pembelajaran kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dengan menganjurkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kuala Pilah 2016 semalam.

Karnival sehari yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah ini dihadiri oleh lebih 600 orang dan dirasmikan oleh Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin.

Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Sebanyak lima buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 12 buah Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengambil bahagian, termasuk Open University Malaysia (OUM), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Dalam majlis yang sama, Zahidi turut menyampaikan sumbangan kepada penerima biasiswa RISDA, sumbangan Pelajar SPM Tuisyen Desa RISDA 2015 dan Wang Peruntukan sebanyak RM 25,000 kepada  SMK Juasseh dan SMK Datok Undang Abdul Manap bagi membiayai Program Tuisyen Desa 2016.

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda