Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Pesta 7 Hari 7 Malam Sg Rambai Bakal Melabuhkan Tirai

By 5 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Khairunnisa Binti Abd Rahman (Melaka)

Jasin, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Pesta 7 Hari 7 Malam sempena Majlis Pelancaran RTC Sungai Rambai Melaka mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan meraih kunjungan hampir 10,000 penduduk dari Melaka dan Johor akan berakhir esok.

Majlis Pelancaran RTC Sungai Rambai Melaka telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi petang semalam.

Ahmad Zahid dalam ucapannya berharap agar semua pengunjung yang hadir memanfaatkan kemudahan yang disediakan di RTC Sungai Rambai Melaka dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Sungai Rambai kerana telah membantu meningkatkan pendapatan peniaga di RTC dan juga usahawan-usahawan tempatan yang menyertai program tersebut.

Simbolik pelancaran majlis tersebut telah mendapat perhatian pengunjung di mana Buku Sungai Rambai Merentas Zaman telah diperkenalkan. Buku tersebut adalah yang pertama seumpamanya dibukukan untuk tatapan seluruh masyarakat di Sungai Rambai agar mereka mengetahui asal usul pembukaan Sungai Rambai pada 1790. Tiada siapa dapat menyanggahi penemuan-penemuan yang mengesahkan Kampung Sungai Rambai telah dibuka pada 1790 dan kini berusia 225 tahun.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak 2 juta bagi pembinaan bangunan Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Sungai Rambai. Bangunan Mahkamah Rendah Syariah yang ada sekarang berada dalam bangunan Masjid Al Hassanah Sungai Rambai. Peletakan Batu Asas Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Sungai Rambai juga telah disempurnakan oleh beliau.

 

Tinggalkan komen anda