Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sarawak Mahu Autonomi Mengikut Perjanjian Malaysia

By 5 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad (Kapit)

KAPIT, 5 Mac (Malaysiaaktif) — Lebih kurang 20 ribu orang hadir ke majlis perasmian program Sejiwa Senada 2016 Anjuran Kerajaan Negeri Sarawak di Bahagian Kapit.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem bertempat di Stadium Terbuka Kapit.

Dalam majlis tersebut beliau kata, Sarawak mahu lebih kuasa autonomi aelaras dengan penurunan kuasa kepada Negeri dan perbincangan dan rundingan pemberian kuasa kepada Kerajaan Negeri adalah mengikut terma dalam perjanjian Malaysia.

Di samping itu,beliau mahu perbincangan mengenai royalti minyak masih diteruskan sehingga diluluskan.Beliau mahu anak Bumiputra di Sarawak tidak seharusnya diklasifikasi sebagai ‘lain-lain’ begitu juga masyarakat Cina mereka bukannya sebagai rakyat pendatang.

Beliau berharap Putrajaya adalah diingatkan untuk tidak menggubal dasar-dasar yang mana semua bumiputera dikelaskan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Beliau menegaskan agar Jabatan Imigresen diarahkan bertindak dengan lebih aktif mengenai pengusiran pendatang Asing Tanpa Izin(PATI).

Jalanraya dari Kapit ke Song ke Kanowit ke.Sibu sejauh 80 km yang menelan belanja sebanyak RM800 juta ringgit dalam proses pembinaan, kata beliau. Manakala peruntukan untuk Jambatan Mujong sebanyak rm35 juta telah diluluskan.

Pada majlis tersebut beliau menyerahkan surat pelantikan Baru jawatankuasa Ketua Kaum Bahagian Kapit iaitu seramai 22 orang dari Daerah Kapit, 3 orang Daerah Song, 12 orang dari Daearah Belaga dan 4 orang dari Bukit Mabong. Manakala penerima warta sekyen dan kanun Tanah Negeri seramai 24 orang.

Senarai 12 orang  penerima Geran CSR Petronas untuk pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Bahagian Kapit dengan peruntukan diterima sebanyak RM175,000.00.

 

Tinggalkan komen anda