Skip to main content
Berita TempatanSabah

“Setia Di Sisi” Dinobat Juara Carta Lagu Artis Sabah

By 10 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Khairul Azad Yunus & Nasrie Tapisil (Sabah)

KOTA KINABALU, 10 Mac (Malaysiaktif) –? Lagu “Setia Di Sisi” ciptaan Rubisa Tiasin menepati ramalan apabila muncul juara Pertandingan Anugerah Juara Lagu, Carta Lagu Artis Sabah ( CLAS ) musim ke 9 yang berlangsung di Studio TV, Radio Televisyen Malaysia ( RTM )Sabah, Kepayan, pagi tadi.

Beliau yang berduet dengan Norbert Andilah telah membawa pulang wang tunai RM 3500, trofi dan sijil penyertaan. Lagu dan lirik ciptaan Rubisa turut berjaya mengatasi 5 lagu lain yang terpilih ke peringkat akhir CLAS

Rubisa berkata, beliau amat bersyukur kerana mampu sampai ke peringkat ini seterusnya berjaya memenangi pertandingan kali ini yang merupakan penyertaan pertama pada pertandingan berkenaan.

“Lagu ini adalah ciptaan saya yang ketiga dan saya tidak pernah menyangka lagu ini memasuki carta serta menjuarai pertandingan ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Norbert amat berterima kasih kepada Rubiah kerana memberi peluang bekerjasama dan berpasangan dengannya melalui lagu tersebut.

“Kami juga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu kami terutama kepada semua pengundi yang memilih lagu ini setiap minggu,” jelasnya.

Lagu “Setia Di Sini” juga membawa tuah berganda apabila menjadi pilihan juri untuk menjulang anugerah persembahan terbaik.

Sementara itu, lagu duet “Cinta Kita”, hasil ciptaan lirik oleh Matinin Yukim dan Lagu pula oleh Ben Simon berjaya memenangi kategori pilihan pendengar CLAS. Lagu yang telah dinyanyikan oleh S.Welly dan Marlleyney Fane Jl Paul telah membawa pulang wang tunai RM 700 berserta trofi dan sijil penyertaan.

Lagu ciptaan Jasni MY dan lirik oleh Johan Sewajaan pula berjaya menggondol Anugerah Lirik Terbaik. Lagu bertajuk ” Abadi Selamanya” dinyanyikan Malik Nasir dan Saloma Nasir itu membawa pulang wang tunai RM 1000 berserta  trofi dan sijil penyertaan.

Penolong Pengarah Unit Hiburan dan Muzik RTM Sabah, Narry Lako berkata pihak RTM amat berpuas hati dengan penyertaan CLAS musim ini.

“Semua artis yang terlibat terutamanya yang terpilih ke peringkat akhir hari ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi.

“Kami berharap para pendengar di luar sana akan terus menyokong dan mengikuti perkembangan artis tempatan kerana sudah terbukti artis Sabah mempunyai bakat serta potensi yang besar,” Ujarnya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Isteri Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Hajah Raya Erom.

 

Tinggalkan komen anda