Oleh Mohd Hafiz Mohd Noor & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)
TENOM, 10 Mac (Malaysiaktif) –? ? Penasihat Yayasan Jauhar, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni, menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai dan keperluan asas kepada 150 penerima golongan fakir dan asnaf terdiri daripada 50 murid sekolah dan 100 penerima dewasa di Dewan Seri Panglima Antanom, Tenom, pagi tadi.
Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Al Hambra Tun Haji Juhar berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua penerima.
“Jangan kita lupa terhadap tanggungjawab kita kepada golongan ini dan sentiasalah kita membantu serta menghulurkan pelbagai bantuan atau sumbangan walau seringgit demi meringankan beban kehidupan mereka.
“Sejak penubuhan Yayasan ini di awal tahun 2012, alhamdulilah lebih seribu penerima telah di bantu dan usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengira tempat diseluruh Sabah dalam usaha ikhlas membantu golongan yang tidak berkemampuan ini,” katanya lagi.