Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

SMK Tun Ismail Juara Sketsa Rukun Negara Batu Pahat

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 30 Mac (Malaysiaaktif)  – Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia 2016 Peringkat Daerah Batu Pahat berlangsung hari ini di Dewan Sekolah Menangah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim.

Pertandingan ini disertai oleh ahli-ahli Kelab 1Malaysia Daerah Batu Pahat, termasuk kelab-kelab dari SMK (P) Temenggong Ibrahim dan SMK Dato’ Syed Esa dan lain-lain sekolah.

 

 

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia ini dimenangi oleh Kumpulan Putera Puteri SMK Tun Ismail Batu Pahat dengan persembahan bertajuk ‘Rukun Negara Payung Keamanan Malaysia.’

Kumpulan ini akan mewakili Daerah Batu Pahat ke Peringkat Negeri pada 6 April 2016 di Johor Bahru.

 

 

Tempat kedua dimenangi oleh SMK (P) Temenggong Ibrahim dengan sketsa ‘Embun Kembali Bersinar,’ manakala tempat Ketiga dimenangi oleh SMK Dato’ Syed Esa dengan tajuknya ‘Muka Buku.’

Pertandingan ini bertujuan memberi pemahaman tentang konsep Rukun Negara untuk memupuk semangat jati diri, cintakan negara dan menanam nilai-nilai murni, terutamanya dalam kalangan para pelajar.

Majlis disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Hajah Amah Yunos.

 

Tinggalkan komen anda