
Oleh: Hamidah binti Md Drus (Jempol)
SUNGAI SAMPOO, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Jempol membuka lembaran baharu apabila berjaya memulakan tayangan wayang pacak di sebuah perkampungan orang Asli di Kampung Sungai Sampoo malam tadi.
Tayangan Filem Keranda Tok Wan Terbang berdurasi sejam 21 minit itu ditonton lebih 300 orang Asli dan penduduk Felda Lui Selatan.
Wayang pacak yang cukup sinonim dengan Jabatan Penerangan (JaPen) kini dikenali sebagai Layar Bestari merupakan salah satu acara hiburan keluarga suatu ketika dahulu yang tidak memiliki televisyen.
Turut diadakan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), penyerahan kunci Program Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) tahun 2015 dan bantuan Bakul Makanan kepada peserta yang terpilih.
Program wayang pacak kali kedua ini merupakan hasil kerjasama JaPen Negeri Sembilan dengan Komuniti 1 Malaysia Sungai Sampoo dan Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA Negeri Sembilan.