Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerakViral

Lebih 180,000 Pada Majlis Penutup MSAM 2016

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Oleh Kartini Abdul Aziz (Batang Padang) / Foto: Suria Kumar

TAPAH, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Penutup Majlis Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 yang bertempat di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah semalam berjaya berjaya menarik lebih 180,000 orang.

Bertemakan ‘Pelaburan 360 PNB’, acara yang merupakan usahasama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid menegaskan tentang kepentingan pelaburan dan pendidikan kewangan, terutama dalam kalangan bumiputera kerana PNB ditubuhkan untuk menyusun semula pemegangan ekuiti golongan berkenaan.

Beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak terperangkap dengan dakyah pihak yang menabur fitnah bahawa pelaburan saham melalui PNB haram dan tidak mengikut syariat kewangan Islam.

Sempena majlis Penutup ini, sebuah kereta Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) dihadiahkan kepada Basri Alang, 36, dalam cabutan bertuah. Basri yang merupakan Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batang Padang mengucapkan rasa syukur di atas kemenangan hadiah utama itu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda