Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pacu, Keli, Tongsan Dilepaskan Ke Tasik Seri Rampai

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

SETIAWANGSA, 28 April (Malaysiaaktif) — Sebanyak 1 tan ikan pacu, keli dan tongsan dilepaskan ke dalam Tasik Seri Rampai bagi persediaan untuk pertandingan memancing sempena Program Santai 1Parlimen Setiawangsa yang akan berlangsung pada cuti Hari Pekerja 1 Mei ini.

Majlis pelepasan ikan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari bersama wakil Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khairul Shahrizal dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Desa Rejang, Ismail Shaari.

Menurut Datuk Fauzi, pertandingan memancing ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan di sini.

Pelbagai acara disediakan sepanjang program sehari ini, antaranya program Info Komuniti 1Malaysia Desa Rejang yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan membuka kaunter informasi dan perkhidmatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan karaoke dan persembahan artis tempatan dan juga artis pentarama Jabatan Penerangan.

Majlis berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 11 malam.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda