Oleh Muhammad Rizal Redzuan
KUCHING, 28 Apr (Malasiaaktif) — Janji Parti Tindakan Rakyat (DAP) untuk memberikan perkhidmatan awam percuma kepada penduduk Sarawak sekiranya menang Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRNS) ditempelak oleh Tan Sri Adenan Satem.
Menurut Adenan, DAP tidak berkeupayaan menyediakan perkhidmatan awam percuma di Pulau Pinang yang jauh lebih kecil daripada Sarawak. DAP tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengambilalih perkhidmatan bas di Pulau Pinang.
Sebaliknya, Adenan berkata perkhidmatan bas percuma Bridge Express Shuttle Transit (BEST) Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas yang sedia ada juga dimansuhkan serta merta apabila DAP berkuasa di Pulau Pinang.
Menjawap soalan lain semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri Lama (DUN LAMA) sebentar tadi, Adenan berkata sekiranya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis surat memohon untuk masuk ke Sarawak, kerajaan Sarawak akan memberikan pertimbangan sewajarnya.
Adenan juga ditanya rasional 22 Julai disytiharkan cuti umum. Menurutnya hari tersebut sangat dekat dgn hati orang Sarawak. Ini kerana pada hari tersebut Sarawak telah mencapai kemerdekaannya sebelum ia menyertai Malaysia
Berkaitan pembalakan haram di Sarawak, Adenan menegaskan Sarawak akan melancarkan perang besar-besaran terhadap pembalakan haram dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat segala kegiatan berhubung isu berkenaan.
Menurut beliau, pembalakan haram berlaku di depan batang hidung pihak berkuasa tetapi mereka seolah-olah ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak dan ada lidah tapi bisu
Adenan memberi amaran sekiranya SPRM gagal menyiasat prkara ini segera, beliau sendiri akan mengarahkan SPRM supaya disiasat.
Katanya, dengan penggunaan teknologi moden hari ini, seperti drone dan sebagainya, perkara ini akan dibenteras habis-habisan bagi menghalang Sarawak kehilangan hutannya.
Dalam pada itu beliau juga menyentuh tentang lesen pembalakan sementara (OT), iaitu lesen untuk membersihkan hutan bagi tujuan pertanian telah banyak disalah gunakan untuk membalak di kawasan. Oleh itu, lesen ini dihentikan bagi menyelamatkan hutan Sarawak.