Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

PM Rasmikan Tambahan 1.5 Bilion Unit AHB

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Mohd.Anuar Ibrahim & Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7Apr (Malaysiaaktif) – Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) sebuah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) hari ini melancarkan penambahan 1.5 bilion unit baharu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi YAHB.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, “AHB ini dilancarkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai lagi bumiputera untuk melabur dalam unit AHB.”

Kadar pelaburan minima perseorangan telah dikurangkan daripada RM500 kepada RM100 manakala kadar pelaburan maksima perseorangan pula telah ditingkatkan daripada RM400 ribu kepada RM 500 ribu.

“Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam hartanah komersial utama,” kata beliau.

AHB adalah unit amanah berasaskan hartanah dan patuh Syariah yang pertama di Malaysia. Pengagihan pendapatannya adalah bagi tempoh enam bulan berakhir pada 31 Mac dan 30 September setiap tahun. Ia juga dikecualikan dari cukai dan telah dizakatkan.

Orang ramai yang berminat untuk melabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan prospektus tambahan pertama AHB bertarikh 1 April 2016 yang telahpun didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di semua cawangan Maybank seluruh negara.

Sejak penubuhannya, PHB gigih memperoleh dan membangunkan hartanah-hartanah komersil utama di seluruh Malaysia. Sehingga kini, keseluruhan aset PHB  bernilai lebih kurang RM7.6 bilion.

Datuk Kamalul menambah, dengan pengumuman ini, keseluruhan saiz dana AHB kini meningkat kepada 3.5 bilion unit.

Pihaknya akan terus berusaha untuk menambah saiz Dana AHB dari semasa ke semasa dengan memperoleh dan membangunkan lebih banyak lagi hartanah komersial utama yang berpotensi tinggi di seluruh Malaysia.

PHB juga menyeru agar masyarakat Bumiputera mengambil peluang ini untuk melabur di dalam AHB demi simpanan masa hadapan.

Tinggalkan komen anda