Skip to main content
Berita TempatanSabah

Op Bersepadu IPD KK: 16 PATI Ditahan

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Zuraidah Ahmad & IPD KK Sabah

KOTA KINABALU, 6 Apr (Malaysiaktif) –? Polis menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan seorang warga Indonesia, setelah pemeriksaan dijalankan di lima lokasi berasingan dalam Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra, 20 orang yang ditangkap berumur dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun manakala empat orang lagi berumur dalam lingkungan 7 tahun hingga 14 tahun.

Chandra dalam satu kenyataannya berkata operasi selama enam jam 30 minit itu dijayakan lima pegawai dan 67 anggota daripada Jabatan Imigresen, Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berakhir pagi tadi.

“Operasi kali ini menyasarkan petempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan rumah-rumah setinggan baharu yang didirikan secara tidak sah.

“Lima lokasi terlibat ialah kawasan rumah setinggan Bunga Raya Kepayan, rumah kongsi setinggan Kozai Batu 7 Inanam, rumah kongsi setinggan Batu 7 Inanam, rumah kongsi setinggan belakang DUN dan Blok C Sembulan.

“Polis turut menahan 24 lelaki dewasa atas kesalahan bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Chandra memberitahu semua tangkapan dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut, selepas didokumentasi.

Tambahnya, operasi perobohan rumah oleh pihak DBKK akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu selepas rumah-rumah yang dipercayai didiami pendatang tanpa izin ditandakan.

SF

Tinggalkan komen anda