Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Rezeki “Mengocah” Musim Kemarau Di Durian Tunggal

By 5 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh M. Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Fenomena El-Nino yang melanda rantau ini sekarang menyebabkan cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan hingga April.

Dalam pada itu, suhu panas melampau yang mengakibatkan kebanyakan kolam ikan menjadi kering  disambut dengan keriangan oleh sesetengah pihak, terutama peminat ikan air tawar – mereka memburu si ‘bapa haruan.’

Baru-baru ini wartawan Malaysiaaktif Melaka turut bersama untuk ‘mengocah’, iaitu memburu bapa haruan yang kepanasan akibat suhu tinggi di Kolam Mati Kampung Panchor, Durian Tunggal.

 

20160404220243 (2)

 

Gerakan mengesan bapa haruan dilakukan sekitar pukul 5.00 petang, ketika air kolam semakin cetek dengan kedalaman kira-kira tiga kaki. Kolam berselut diredah bersama seutas jaring berukuran tiga inci untuk mengepung lubuk bapa haruan yang dikesan dengan mata kasar.

“Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya,” begitulah andaian  kerana sejurus kemudian kelihatan sepasang ikan haruan seberat tiga kilogram dalam keadaan kurang selesa akibat peningkatan suhu air kolam. Jaring mula dibentang dan kerja mengepung sasaran dilakukan.

20160404220242

 

Kepungan yang menyasar kedudukan ikan-ikan tersebut akhirnya menampakkan kocakkan kuat di permukaan air menandakan bapa dan ibu haruan terasa kehadiran makhluk lain. Beberapa minit kemudian si bapa haruan berjaya ditangkap, tetapi pasangannya berjaya meloloskan diri dengan melompat setinggi hampir satu meter melepasi jaring yang dipasang rapi.

Di samping bapa haruan, terdapat juga ikan-ikan lain yang diperoleh, termasuk keli, betuk, belida, sepat dan belut.

 

– DZ/AAS

Tinggalkan komen anda