Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Lebih 300 Peserta Dalam Bengkel Nazam Melaka

By 5 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 5 Apr (Malaysiaaktif) — Lebih 300 orang peserta terdiri daripada penjawat awam negeri Melaka serta guru-guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hari ini menyertai Bengkel Nazam di Balai Adat, Perkampungan Hang Tuah, Duyong.

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan warisan sini budaya negeri Melaka.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mod Zaky Haji Din, program ini juga untuk memartabat, memelihara dan menanamkan semangat cintakan seni budaya warisan bangsa yang kian luput dalam kalangan generasi muda dan mencungkil bakat dalam kalangan penjawat awam untuk diketengahkan semasa acara-acara rasmi kerajaan negeri Melaka.

 

20160404213945 (1)

 

“Bengkel ini diharap dapat mendidik peserta tentang teknik-teknik mencipta dan menyampaikan nazam dengan cara baik dan betul,” kata beliau semasa merasmikan bengkel tersebut.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah negeri maju beliau berharap kemajuan yang dikecapi hari ini tidak mengenepikan usaha memartabatkan seni nazam sebagai warisan seni budaya melayu.

“Saya tidak pernah jemu menyertai bengkel nazam dan menghadiri setiap kali diadakan kerana kita harus menyokong bengkel yang memartabatkan seni budaya kita,” ujar peserta Masliah Abbas.

 

20160404213945 (3)

 

“Setiap bengkel yang pernah saya hadiri akan ada ilmu-ilmu baru yang dipelajari, sekaligus memantapkan lagi diri  dengan seni nazam,” jelas Peserta bengkel, Khairiah Abdullah.

Menurut Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA), Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, pihaknya merancang mengadakan Temasya Nazam pada Oktober akan datang di Universiti Teknikal Melaka yang akan disertai seramai 4000 orang peserta. Juara dalam temasya tersebut akan dijemput membintangi filem Anak Jati yang berkonsepkan jati diri dan seni budaya Melayu.

Bengkel dari pagi hingga petang ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama memperjelaskan sejarah nazam, manakala sesi kedua lebih kepada penghayatan dan penilaian nazam.

Bengkel ini dianjurkan oleh ISMMA dan Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Negara, Jabatan Agama Islam Melaka dan Perbadanan Muzium Melaka.

Nazam merupakan salah satu bentuk ekspresi seni dalam Islam.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda