Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Gotong Royong Basmi Aedes Pasca El Nino

By 23 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Akma Laily Hamdan

MARAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 160 penduduk Kampung Jengka Batu 13 menyambut saranan Jabatan Kesihatan Daerah Maran telah agar diadakan gotong – royong bagi membersihkan kawasan. Ini berikutan banyaknya kawasan yang sebelumnya air mengalir menjadi takungan air dan tempat nyamuk membiak akibat kemarau yang baru berakhir.

WhatsApp-Image-20160523 (4)

Acara gotong – royong yang disertai sendiri oleh Klinik Kesihatan Kampung Jengka Batu 13 juga melibatkan Pejabat Renjer Hutan Kampung Batu 13, Kospen Cawangan Batu 13 selain penduduk tempatan.

WhatsApp-Image-20160523 (3)

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chenor Dato’ Mohamed Arifin bin Awang Ismail, ketika merasmikan acara yang dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia bersama Komuniti 1Malaysia berkata, program sebegini telah memupuk semangat kerjasama dan perpaduan selain mendisplinkan diri untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan bersama-sama. Selain itu juga, ia boleh mengeratkan silaturrahim antara masyarakat kampung tak kira dari apa jua golongan dan generasi.

WhatsApp-Image-20160523

Menurut Ketua Kampung merangkap Pengerusi K1M Kampung Jengka Batu 13, Encik Alinudin bin Ismail, program ini dibuat bagi membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes. Selain itu juga, untuk mengindahkan langkap kampung berkenaan

Kawasan tumpuan yang dibersihkan pada hari tersebut adalah Dewan Orang Ramai, Tabika Kemas, Kawasan perkuburan Lama, masjid baru dan masjid lama serta Bilik Komuniti 1Malaysia.

Semasa ucapan perasmian, Ariffin juga berkata akan membina sebuah lagi bangunan yang akan digunakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdapat dikampung ini.

Selain itu juga beliau juga telah menyarankan kepada kerajaan negeri untuk memajukan kawasan Bukit Kertau yang pernah dijadikan rujukan pemetaan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1948 untuk dijadikan salah satu kawasan perlancongan di Daerah Maran seperti Timbalai di Borneo.

Tinggalkan komen anda