Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gotong-Royong Menjelang Ramadan

By 23 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Mohd Zahari Zakaria

PERMATANG PAUH, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Kira-kira 50 anak Qariah Masjid Ara Kuda dan ahli jawatankuasa Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Tun Sardon semalam mengadakan gotong-royong perdana di sini.

Program yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) ini adalah bertujuan membersihkan persekitaran dan peralatan masjid bagi menyambut ketibaan bulan puasa pada bulan hadapan.

Menurut Pengerusi Qariah Masjid Ara Kuda, Mohd Zahari Mohd Zaki, adalah untuk memastikan kebersihan masjid dan persekitarannya.

Tambahnya, peralatan memasak juga dibersihkan kerana akan digunakan untuk berbuka puasa dan moreh.

“Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Mudah-mudahan kehadiran bulan Ramadan yang penuh mulia ini akan memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua sebagai umat Allah,” ujar Zahari lagi.

– AH

Tinggalkan komen anda