Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Karnival Mini Belia Satukan Dua Generasi

By 21 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Mohamad Azree / Emran Ismail / Foto : Che Nor Ismail

RAUB, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 300 orang pengunjung hadir ke Karnival Mini Belia Gali Hilir di sini semalam. Program anjuran Belia Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gali Hilir ini diisi dengan pelbagai acara, seperti pertandingan karaoke, pertandingan Playstation 2 (PS2), pameran IT, gerai jualan dan juga permainan Supa Dupa.

Menurut penggerak karnival, Marizlan Ismail, program diadakan untuk menzahirkan kepada pihak pengurusan JKKK Gali Hilir berkaitan sokongan golongan belia terhadap kepimpinan masa kini.

Selain itu ia juga sebagai bukti bahawa golongan belia mudah melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh golongan dewasa, khususnya yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jika kena dengan caranya.

Secara positifnya, program ini dapat mengeratkan ukhwah antara generasi X dan generasi Y serta melahirkan masyarakat progresif melalui pelbagai jenis aktiviti yg dijalankan. Ia juga diharap boleh mengurangkan kadar gejala sosial yang tidak sihat dalam kalangan belia, ujar Marizlan lagi.

 

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda