Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

 K1M Dalam Usaha Banteras Nyamuk Aedes Di Bukit Tambun

By 21 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh R. Balakrishnan (Simpang Ampat)

SIMPANG AMPAT, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia (K1M) Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan (SPS) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif untuk membanteras pembiakan nyamuk aedes dalam kawasan perumahan di sini semalam.

Sekitar kawasan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi disembur Ubat Nyamuk (fogging) dari pukul 6.00 petang hingga 8.00 malam.

 

WhatsApp-Image-20160520 (4)

 

Menurut Timbalan Pengerusi K1M Seberang Perai Selatan (SPS), Chew Ong Leng, usaha tersebut sebahagian daripada aktiviti kesihatan yang dijalankan dalam kawasan perumahan ini pada setiap tahun.

Chew yang juga pengerusi K1M Bukit Tambun berkata beliau dan ahli jawatankuasa komuniti sedang berusaha untuk mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Jabatan Kesihatan pada tahun ini.

Beliau berharap segala usaha yang dijalankan oleh K1M di daerah SPS dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, seterusnya meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan di samping memberi sumbangan kepada masyarakat.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda