
Oleh : Ramasamy Amas (Jempol)
Bahau, 30 MEI 2016 (Malaysiaaktif ) – Memerangi gejala Jenayah adalah tanggungjawab bersama masyarakat dan PDRM. PDRM tidak dapat menangani gejala jenayah dapat tanpa kerjasama masyarakat, demikian kata Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Dato’ Jaafar Bin Mohd Yusof sewaktu merasmikan Kempen Bersama memerangi Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersama Persatuan- Pemandu Kereta Sewa, Pemandu-pemandu Pengangkutan Awam Daerah Jempol di Terminal Perhentian Bas / Teksi Bahau sebentar tadi.
Program yang dilaksana merupakan satu insiatif yang dirangka melalui program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7). Menurut beliau, ia adalah bagi membolehkan pembabitan orang awam sebagai mata dan telinga polis dalam membantu menangani jenayah, secara tidak langsung akan menjadi penghubung antara masyarakat dengan PDRM dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Beliau juga menambah, sebanyak lebih kurang 500 stiker atau pelekat yang tertera nombor Hotline Polis Jempol 06-4583449 akan diedarkan kepada rakan –rakan persatuan teksi Bahau ,Persatuan kereta Sewa, Pemandu Pemandu Kenderaan Perdagangan, para peniaga serta orang awam bagi membatu PDRM mengekang Jenayah.
Menurut beliau lagi, Selain daripada kempen memerangi jenayah, kerjasama erat turut diadakan dengan majlis daerah jempol untuk menurunkan dan membuang iklan- iklan haram yang berkaitan skim pinjaman wang mudah dan iklan – iklan yang tidak didaftarkan. Majlis tersebut turut dihadiri SAC Dato Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, T.Narenasagaran, Datuk Senator Haji Salem Bin Shariff, Pegawai Daerah Jempol, Abdul Rahman Johor dan Ketua Polis Daerah Jempol DSP Noorzainy bin Md Nor serta lebih kurang 300 orang jemputan.
Program dilaksanakan secara berperingkat disemua daerah. Sealin itu, beliau juga mengingatkan supaya memandu secara berhemah dan patuhi undang undang jalanraya. Kebanyakan kemalangan Jalan raya yang berlaku adalah kecuaian pemandu. Beliau juga mengedarkan pelekat yang tertera Perkataan BERSAMA MEMERANGI JENAYAH’ Nombor Hotline Polis kepada orang awam dan peniaga-peniada ketika mengadakan kunjungan mesra ke kedai kedai di perhentian bas dan teksi Bahau.