Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

‘Pesta Berendoi Sempena Sambutan Hari Ibu 2016′

By 31 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Azfariza Ismail

 

Baling, 31 Mei, 2016        Seramai 100 orang bayi telah diraikan dalam  ‘Pesta Berendoi dan Sambutan Hari Ibu 2016’  yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Baling pada pagi ini.  Program yang dianjurkan bagi peringkat Parlimen Baling ini disambut meriah dengan alunan marhaban, berzanji dan lagu-lagu nasihat.

WhatsApp-Image-20160531 (11)

Adat berendoi amat popular di kalangan masyarakat Melayu yang dizahirkan dalam bentuk persembahan yang berunsurkan keagamaan yang mana bayi diletakkan di dalam buaian (endoi) dan dialunkan dengan alunan berzanji dan lagu berbentuk nasihat sebagai melahirkan rasa gembira menyambut kehadiran ‘orang baru’ di dalam keluarga.

 

Di dalam majlis ini, selain daripada upacara ‘berendoi’ turut diadakan sambutan Hari Ibu yang mana Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin telah sudi untuk memotong kek Hari Ibu sejurus selesai merasmikan program ini.

WhatsApp-Image-20160531 (12)

Selain daripada itu, lebih istimewa Ermieyati juga telah menyampaikan hadiah-hadiah sumbangan kepada ‘Bayi Bertuah’ yang dipilih dikalangan peserta pada program ini, juga kepada pasangan bayi kembar perempuan dan pasangan bayi kembar lelaki.  Turut disampaikan pada majlis ini adalah ‘Kid Kelahiran’ kepada pasangan yang mendapat bayi baru bagi seluruh daerah Baling.

 

 

Tinggalkan komen anda