Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

RM78 Juta Untuk Pembinaan Baharu Pasar Payang Terengganu

By 23 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Oleh : Affendi Ahmad, Maherah Marina, Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Peruntukan sebanyak RM78 juta ringgit akan diberikan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baharu. Peruntukan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan tinjauan ke pasar itu sempena lawatan kerja sehari beliau ke negeri ini.

Projek berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung dan pada masa yang sama menggantikan pasar sedia ada yang semakin uzur.

Pengumuman terbabit disambut dengan penuh kesyukuran terutamanya daripada para peniaga yang sekian lama berniaga di situ.

Puan Khatijah Abd. Kadir yang mengusahakan perniagaan kain di Pasar Payang

Puan Khatijah Abd. Kadir yang mengusahakan perniagaan kain di Pasar Payang

Menurut Khatijah Abd Kadir, kebersihan Pasar Payang sudah lagi tidak memuaskan dan perlu diperbaiki.

“Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab, telah menyebabkan keadaan di Pasar Payang kotor dan dipenuhi dengan sampah,

Ramai peniaga yang mengharapkan pihak kontraktor untuk membersihkan tapak perniagaan mereka, namun sikap acuh tak acuh mereka menyebabkan keadaan di situ menjadi tempat pembuangan sampah,” ujar beliau yang telah berniaga di situ sejak 1981.

Pembangunan baharu Pasar Payang dijangka akan siap pada penghujung 2018 dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi dan tapak perniagaan sementara akan di sediakan oleh kerajaan.

Terdahulu, lebih 5,000 penduduk tempatan menyambut kedatangan Najib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 8.45 pagi tadi.

Beliau seterusnya akan melancarkan Projek Aquapolitan Kuala Nerus pada sebelah petangnya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Pondok Malaysia kali kedua di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu.

 

-SH

Tinggalkan komen anda